E'Jemput
Kad jemputan digital untuk kahwin dan semua majlis — siap dalam beberapa minit.
Gantikan kad cetak dengan kad jemputan digital yang dikongsi melalui satu pautan. Tetamu boleh sahkan kehadiran, buka lokasi di Waze atau Google Maps, dan hantar ucapan — tanpa aplikasi, tanpa pendaftaran.
Mulai dari
RM89 / kad
Tiada komitmen. Kami balas dalam satu hari bekerja.
Ciri-ciri
Apa yang anda dapat dengan E'Jemput
Setiap ciri direka untuk mengurangkan kerja manual dan mempercepat kerja harian anda.
Templat eksklusif
Puluhan reka bentuk siap sedia yang boleh disesuaikan warna, fon dan susun atur mengikut tema majlis anda.
RSVP automatik
Tetamu sahkan kehadiran terus pada kad. Jumlah dewasa dan kanak-kanak dikira automatik untuk anda.
Lokasi & navigasi
Butang terus ke Waze dan Google Maps supaya tetamu tidak sesat pada hari majlis.
Salam kaut DuitNow
Kod QR DuitNow terbina dalam kad untuk tetamu yang ingin menghulurkan hadiah wang.
Buku tetamu digital
Kumpul ucapan dan doa daripada tetamu, kekal tersimpan sebagai kenangan selepas majlis.
Kongsi sekali klik
Satu pautan ringkas untuk dihantar ke WhatsApp, Telegram atau media sosial.
Edit dahulu, bayar kemudian
Bina dan lihat kad anda sepenuhnya secara percuma. Bayar sekali sahaja bila berpuas hati, tanpa langganan
25 jenis majlis
Bukan untuk kahwin sahaja. Ada pertunangan, aqiqah, hari jadi, rumah terbuka, tahlil, graduasi hinggalah annual dinner dan majlis syarikat.
Kad cetak PDF
Muat turun kad fizikal sedia untuk kedai cetak (300 dpi, bleed 3 mm), dalam bentuk rata atau lipat macam buku, lengkap dengan QR ke kad digital.
Laporan RSVP & ucapan
Muat turun senarai kehadiran dan ucapan tetamu dalam PDF cantik ikut tema kad, atau CSV untuk Excel dan Google Sheets.
Teks jemputan sedia guna
Mesej jemputan siap ditulis, sama ada versi Penuh atau Ringkas. Salin dan hantar terus ke WhatsApp, lengkap dengan pautan kad.
Lebih lanjut
Bagaimana E'Jemput membantu
E'Jemput direka untuk sesiapa yang mahu majlisnya berjalan lancar tanpa kerumitan kad cetak — perkahwinan, pertunangan, aqiqah, hari jadi, rumah terbuka hinggalah annual dinner dan majlis syarikat. Lebih 25 jenis majlis dan lebih 100 design tersedia.
Pilih design, isi maklumat majlis, dan kad anda siap untuk dikongsi dalam masa kurang sepuluh minit. Kongsi satu pautan di WhatsApp, Instagram atau mana-mana aplikasi — tetamu terus membukanya di browser telefon.
Setiap kad dilengkapi RSVP yang mengira jumlah tetamu secara automatik, lokasi dengan butang Waze dan Google Maps, kiraan detik, galeri gambar, ucapan tetamu dan kod QR salam kaut. Senarai tetamu boleh dimuat turun bila-bila masa, dan kad juga boleh dicetak sebagai kad fizikal.
Edit dahulu, bayar kemudian. Anda hanya membayar selepas melihat kad anda sendiri — sekali sahaja, tanpa langganan. Pakej Basic dari RM89, atau Premium RM129 untuk mengubah warna, font, kulit kad dan seksyen mengikut tema majlis anda.